Sunday 20 January 2013

CARA-CARA JADIKAN BROADBAND MENJADI WIFI

sharing ini caring kan.. so hari ni aku nak ajar korang cara-cara nak jadikan broadband korang jadi WIFI. tapi sebelum tu aku nak bagi amaran sikit.. (amaran la sangat). internet connection may be slow sangat-sangat. depends la network coverage broadband korang camana and berapa banyak GB yang korang langgan. aku ngan adik beradik aku selalu wat benda ni kat rumah. Kitorang akan pasang 1 laptop (pastikan laptop tu diletakkan di tempat coverage terbaik korang boleh dapat kat rumah korang) and yeah.. semua orang online melalui handphone memasing. HAHA


okay. okay kite mulakan. korang dah tak sabar nak tau kan..

1st:

Halakan mouse korang ke kanan screen and simbol signal wifi tu. klik and pilih 'open network and sharing center'

2nd:


dan buat 1st step tadi, mesti keluar yg ini. so pilih 'set up a new connection or network'

3rd:

pilih set up a computer to computer network


4th: 
bila keluar gini, tekan next je

5th:
okay.. set nama wifi korang (network name). ikutla korang nak letak apa.
untuk security type, pilih WEP
Security key ni password korang la.. letak panjang-panjang skit. and sebaik-baiknya dalam bentuk nombor

 6th:
TADAAA!!!! korang dah ada wifi network sendiri. boleh check balik kat simbol signal tadi.



Selamat mencuba. 

Saturday 19 January 2013

AKU PELAT!

assalamualaikum semua..

tajuk pertama untuk blog aku ni.. err.. aku pelat! Yess aku pelat.. sejak lahir lagi T_T
and yes macam biasa bila masuk zaman sekolah haruslah menjadi kewajipan menjadi bahan ejekan kawan-kawan. oh kejamnya duniaaa.. oh!
aku ingat lagi, dulu ada kawan-kawan suka suruh aku sebut "ulaR melingkaR di atas pagaR". nampak 'R' kat situ? heh. aku memang failed nak sebut. sampai terbelit-belit lidah. dulu aku sekolah asrama penuh, so ada satu malam tu ustazah Rokiah(warden merangkap ustazah kat sekolah) nak check bacaan al-Quran kami seorang demi seorang. aku takde masalah nak bace Quran. since kat sekolah rendah pun dah khatam 4 kali. bila tiba giliran aku, aku pun baca dengan penuh keyakinan. Alhamdulillah. tapiiiii... tiba-tiba ustazah tu detect something wrong with my R!!!! ustazah cakap, kalau tak boleh sebut R solat tak sah tau.. Bace al-Quran dosa.. sebab salah.. oh tidak! mulai saat itulah bermula mimpi ngeri dalam hidup aku. heh.

Keesokan harinya dan hari-hari berikutnya, aku TERPAKSA jumpa ustazah ni HARI-HARI. PAGI-PAGI. dan sebut Ro, Ro, Ro..(aku tak ingat bape puluh kali kena sebut). dan tragisnya aku kena lakukan semua ni hari-hari, berbulan-bulan lamanya.. dan korang tau apa hasilnya? hehehe.. suspen kan..


















Hasilnya.. Tadaaaa!!!!

takde hasil pun.. ustazah tu sampai fed up ajar aku sebut R. hahahah.. minta maaf la ustazah.. lidah saya tak mampu bergetar seperti yang ustazah nak.. aku kena terima hakikat yang aku ni memang tak normal kot.



Masa aku study kat matrikulasi dulu, ada la certain people kata aku cakap slang omputeh giteww.. lol.
aku ingat lagi, aku pergi cafe aku ckp kat abg cafe tu, "nak curry ayam tu" sebut dengan slang oghang puteh ye kawan-kawan.. haha.. dan MEREKA! ya mereka mula mengejek diriku. curry, curry..(slang omputeh) T_T


tapi bila aku dah masuk Universiti, aku dah tak kisah dah.. cakap la pape pun. ejek la tak kisah pun. hehe. sebab setiap manusia tu dicipta dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tapi jadikan kekurangan itu satu kelebihan. Err.. Pelat R pun kelebihan ke? hehe.. tapi at least unik. dan comel(opppsss!! hee). Lisa Surihani boleh berlakon walaupun pelat. aku? aku pernah menjadi wakil sekolah untuk pertandingan bercerita, sajak, tilawah al-Quran dan sebagainya.. tak de masalah pun. dan aku juga adalah seorang pendidik sekarang ni. semuanya memerlukan aku bercakap dan secara tak langsung mendedahkan kekurangan aku tu...

"kalau tak boleh jadikan kekurangan kita tu sebagai kelebihan, tutuplah kekurangan tu dengan kelebihan yang kita ada"