Monday 8 September 2014

Gaji ribu riban VS Gaya hidup

Al kisah zaman belajar sejak bangku sekolah menengah hingga ke universiti..
ketika sekolah menengah saya merupakan pemegang biasiswa Petronas.. banyak yang saya dapat simpan, hingga membantu perbelanjaan ketika di kolej matrikulasi. 

elaun-elaun di kolej matrikulasi pun sayadapat simpan.. hampir separuh dan saya gunakan untuk ke universiti.


semester pertama yang baaanyaaakk sangat pakai duit tu saya guna wang simpanan dari duit raya, biasiswa sekolah dan elaun matrikulasi 


di universiti, setiap semester PTPTN bagi pinjam duit RM 3.5 k dan saya dapat menyimpan RM1k setelah ditolak semua yuran, dan bajet perbelanjaan bagi semester tersebut.. sepanjang 8 semester di universiti.. saya tak pernah menanti-nanti seperti kebanyakan pelajar lain bila waktunya wang PTPTN masuk ke akaun pelajar.
tapi..
bila masuk ke alam pekerjaan, dengan gred gaji 41 di sektor kerajaan.. tiap2 bulan saya ternanti-nanti gaji seterusnya.. . nampak tak permainan dia? hahahah
sebenarnya ini bukan soal gaji kita berapa.. tapi bagaimana kita berbelanja.
zaman belajar tak kisah pakai kancil. tapi bila dah kerja.. paling cikai nak pakai gak kereta sedan baru. nasihat suami (dulu boyfriend :D) Che Hasnan Che Ismail saya pegang sampai sekarang. katanya..
"definisi kereta ialah, kenderaan yang membolehkan kita bergerak dari point A ke point B. that's it."
so jangan berlebih-lebih.. kalaulah saya tidak ditakdirkan posting di Labuan, pulau bebas cukai ini, nescaya kereta baru pilihan saya ialah VIVA. hahaha.
hipotesis nya di sini ialah, semakin tinggi pendapatan, semakin tinggi demand 

Kesimpulannya, banyakkan bersyukur dan hidup sederhana. kalau gaji baru RM3k dah berangan pakai kereta RM1k sebulan tambah kos minyak dan maintenance lagi.. fikir-fikirlah . blog brader ni sedikit sebanyak memberi pengajaran mengenai erti syukur dan zuhud yang sebenar. 


Gambar : Mungkin dah rezeki dan generasi pertama kereta ini pernah menjadi pojaan hatiku sewaktu di tingkatan 3

Carlsberg untuk anak yang sakit



24 April 2014

Sekitar maghrib, dalam perjalanan ke surau untuk solat berjemaah Maghrib:
Terserempak seorang bapa pelajar datang membawa bungkusan berplastik hitam. Katanya nak hantar makanan untuk anaknya yang sakit.Saya nampak dengan jelas plastik itu berisi air tin(mungkin dalam 10 tin) dengan tulisan Carlsberg. ya.. carlsberg! saya senyum. dengan tegas saya katakan..


Saya:Encik, pelajar tidak boleh menerima makanan dan minuman dari luar. Kami menyediakan makanan dari dewan makan.
Bapa pelajar:Tapi anak saya sakit. Kasihan dia. Lagipun saya bukan selalu ada di sini(Labuan)
Saya senyum.
Saya: Saya nampak encik.. tin minuman carlsberg tu. Ini institusi milik kerajaan. makanan/minuman seperti ini dilarang sama sekali. Tolong bawa pulang semula.
Dia mendekati saya, macam nak cari gaduh tapi senyum gatal. Kemudian bercakap hampir di muka dan separuh berbisik,
Bapa pelajar: cikgu warden di sini?
Saya: ya saya. (senyum sinis)
Bapa pelajar: okay.. tolong jangan jadikan ini isu besar. saya bagi mee goreng dan kacang ni saja. (sambil menunjukkan bungkusan makanan)
macam-macam 
(gambar sekadar hiasan)

Sunday 7 September 2014

11 KEBAIKAN BERJAUHAN DENGAN PASANGAN (SUAMI/ISTERI)

Tiada pasangan yang suka tinggal berjauhan antara satu sama lain. Tambahan pula pasangan yang baru berkahwin. Orang kata masih di alam bulan madu. Hukhuk. Mungkin ada sebab suami/isteri terpaksa berjauhan. Mungkin atas tuntutan kerja..seperti saya dan suami. Namun setiap yang berlaku pasti ada baik dan buruknya. Jom kita tengok 11 kebaikan apabila melihat dari sudut positif berjauhan dengan pasangan:
   1)  Nikmati merindui suami/isteri. Jangan jadi pungguk rindukan bulan. Ehehehe.. jadilah perindu yang bahagia. Merindui dengan senyuman. Apabila bersendirian senyum sorang-sorang teringatkan siDia. :D teringat detik-detik manis. Yang lebih membahagiakan.. rindu untuk suami/isteri itu satu yang Allah suka. InsyaAllah dapat pahala. J
   2)    Apabila bertemu, macam pasangan dilamun cinta. Jangan terkejut kalau ada orang cemburu melihat kebahagiaan anda. Yelah.. bukan selalu dapat bertemu. Jadi apabila ada peluang bertemu, masa itu dihabiskan dengan  berkasih sayang secara maksima. Bergurau senda dan bermanja. Macam belangkas. Makan nak suap-suap. Sampai tengok TV kat rumah pun nak peluk-peluk, nak pegang-pegang tangan. Feeling dalam pawagam katanya!
   3)  Tampil istimewa untuk pasangan. Setiap kali nak berjumpa pada waktu cuti atau hujung minggu, perasaan begitu teruja. Pakaian yang dipakai di rumah pun dipilih pakaian yang sebaik/secantik mungkin. Penjagaan diri dipertingkatkan. Kalau boleh nak mandi lulur macam nak kahwin dulu. Hahaha! Nak tidur pun pakai perfume. Bukankah diri dan pasangan terasa begitu istimewa?
  4)  Cuti rasa begitu berharga. Dulu-dulu sebelum kahwin tak kisah pun bila nak cuti. Cuti rehat @ MC tak terfikir nak usik. Tapi sekarang.. alahai atas meja kerja siap ada kalender. Hari-hari yang berlalu ditanda. Counting days katanya. Kadang-kadang bertemu dihujung minggu pun rasa bercuti seminggu. Sebab macam-macam aktiviti dilakukan bersama. Kalau tak, hujung minggu terbongkang je kan kat rumah? Jangan tak mengaku.. Hahaha.
  5)  Berhubung melalui WhatsApp etc terasa sangat menyeronokkan. Pagi-pergi kerja. Hantar satu gambar untuk siDia dengan caption.. “rindu awak 200%” pasti siDia di sana pagi-pagi dah ceria tersenyum sorang-sorang dapat mesej rindu. Bukankah itu sesuatu yang membahagiakan. Banyak sekali orang mengadu pasangannya lebih suka melihat handphone, sibuk berWhatsApp, sedangkan suami/isteri berada disebelah tidak dipedulikan. Sadis kan?

   6) Menyedari kita saling memerlukan. Pernah dengar kan peribahasa ni, ‘dekat bau tahi, jauh bau wangi’. Betul.. kadang-kadang apabila siDia selalu di sisi, kita terlupa untuk bersyukur. Kita terlupa untuk menghargai. Lagi parah.. ada je yang tak kena. Asyik nak bertekak je. Apabila berjauhan begini, ya.. waktu inilah kita sedar, kita akui.. aku tak bisa hidup tanpamu. Ecewah!
   7)  Perjalanan hidup seharian yang mungkin berbeza. Hidup di tempat yang berbeza, dengan persekitaran berbeza, pasti kita punya banyak perkara untuk dikongsikan. Sebab itulah apabila bertemu/berhubung.. amboi rancaknya berbual.. :D Jangan terkejut ada pasangan yang hidup bersama, apabila bertemu tak tahu nak borak apa! Hmmm.. lagi haru.
   8)   Bergayut.. macam pasangan kekasih. Tapi ini kekasih halal ye.. tak ada rasa bersalah atau berdosa sebab bergayut di telefon dengan suami/isteri. Suara si suami dalam telefon.. cair si isteri dibuatnya. Suara manja si isteri pula buat si suami makin rindu. Alahai bahagianya dirindui suami.
   9)   Berdikari. Baik suami atau isteri. Kalau hidup sebumbung.. berkemungkinan besar tugas memasak, membasuh baju, menggosok baju dan semua kerja rumah menjadi TUGAS HAKIKI isteri. Tapi apabila tinggal berjauhan, jangan terkejut jika suami anda.. eh tiba-tiba dah pandai masak, pandai lipat baju.. pandai buat segala-galanya sendiri.. harap-harap berkekalanlah ye.. hihihi. Isteri yang selama ini cuma menjadikan lesen memandu sebagai hiasan di dalam dompet kini sudah menjadi pemandu yang cekap.. ya.. sebab kita tidak punya pilihan.. habis siapa nak jadi driver dah suami jauh di mata. Hukhuk.
   10)  Berat badan tak naik mendadak. Biasa kan kita jumpa orang.. tak lama lepas kahwin badan si isteri kembang semangkuk. Sekejap je dah tak muat baju nikah dulu. Si suami pula boroi macam dia yang mengandung. Hihihi. Tapi apabila hidup berjauhan dengan pasangan, tidur tak lena, makan tak lalu. Ye.. nak habiskan nasi sepinggan pun susah. Macamana nak gemuk? Berat badan naik pun apabila cuti, apabila berada disisi yang tersayang.. sebab makan ikan masin pun dah cukup menyelerakan. Hehehe.
  11)   Kita punya masa untuk memperbaiki diri. Tiada manusia yang sempurna kan? Tidak bermakna selepas akad nikah, kita sudah sempurna sebagai suami atau isteri. Apabila berjauhan, kita sering teringat salah silap kita pada pasangan. Kita sering bermuhasabah. Kita janji takkan buat lagi. Kita takkan buat dia terluka lagi. Kan dia belahan hati kita?

Senyumlah.. dan berbahagialah. Kerana hidup ini terlalu singkat untuk kita melayan rasa sedih dan kecewa. Percayalah aturan Allah itu yang terbaik buat kita. Berdoalah selalu agar Allah dekatkan kita dengan pasangan. Bukan saja dekat di hati, juga dekat di mata. Agar lebih mudah kita berbakti, melunaskan tanggungjawab sebagai suami/isteri sejati. Suatu hari nanti, apabila sudah diberi peluang dan nikmat hidup bersama suami/isteri. Hargailah.. kenanglah waktu-waktu sukar ketika hidup berjauhan. Nikmatilah manisnya kehidupan J